DEFINISI ADAB DAN ETIKA
Adab
Berdasarkan Kamus Pelajar adab merupakan budi pekerti yg halus atau tingkah laku yg baik. Manakala Kamus Dewan Edisi ke-3 dan Edisi ke-4 pula mendefinisikan adab sebagai tingkah laku serta tutur kata yg halus (sopan), budi bahasa, budi pekerti yg halus, kesopanan atau cara seseorang berkelakuan dalam sesuatu situasi tertentu, budi bahasa dan tingkah laku, pengetahuan mengenai buruk baik bagi kelakuan manusia. Selain itu adab juga ditakrifkan sebagai sesuatu yang disandarkan kepada perkara yang dipuji samada dari sudut perkataan atau perbuatan (Faisal Ahmad Shah & Nor Saleha Mohd salleh). Merujuk kepada Masnizah Mohd (2005), adab merupakan akhlak.
Etika
Menurut Kamus Dewan Edisi ke-3 dan ke-4 etika ialah ilmu berkaitan prinsip-prinsip akhlak atau moral, prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan dan lain-lain). Kata etika berasal daripada bahasa Inggeris "Ethic" dan bahasa Greek "Ethos" yang membawa maksud nilai-nilai atau perkara yang berkaitan dengan sikap yang menentukan tingkah laku sesuatu golongan. Gluck (1986) mentakrifkan etika sebagai kajian yang bersifat falsafah terhadap moral. Selain itu ia juga boleh disimpulkan sebagai tingkah laku dan kelakuan moral yang dijangka diikuti oleh manusia sejagat manakala ilmu etika merupakan disiplin yang mengkaji tentang moral, prinsip moral, kaedah moral dan tindakan serta kelakuan manusia yang betul (Zawiyah, 2002). Menurut Sidi Gazalba (Masnizah Mohd, 2005), etika ialah teori mengenai tingkah laku manusia yang dipandang dari segi baik dan buruk dan sejauh mana pula dapat ditentuka oleh akal.
BANDING BEZA ANTARA ADAB DAN ETIKA
Adab
Ibn ‘Abd-Rabbih (Rosenthal, 1992) menegaskan bahawa keseluruhan adab mengandungi semua aspek tingkah laku manusia. Konsep tersebut, mengaitkan adab dengan keseluruhan tindak tanduk, perbuatan dan perlakuan manusia iaitu tindak tanduk yang tepat berasaskan ilmu mengenai kedudukan yang benar segala sesuatu dalam merencana ilmu dan kewujudan.
Adab mempunyai beberapa ciri utama antaranya ialah, adab merupakan cerminan kepada keadilan, berdasarkan hikmah di mana meletakkan ilmu sebagai keutamaan tinggi, tumpu kepada aspek rohaniah dan aqliah insan, proses menerapkan adab dipanggil ta’dib atau pendidikan dan matlamat akhir adab ialah memperoleh kecemerlangan akhlak (Ahmad Fauzi bin Mohamed,_____).
Manakala tujuan adab adalah untuk melahirkan manusia yang baik dan mampu menahan diri daripada nikmat fizikal dan material dan yang menunjukkan kestabilan emosi pada raut muka gembira dan sedih dan segala kejadian yang lain dan juga tetap berada dalam keadaan yang tidak diganggui dan tidak aktif kecuali apabila sebab dan pemikiran menandakan keinginan atau keperluan kepada tindakan (Plato dalam Rosenthal, 1992).
Dr. Haji Abdullah Siddik (1980) telah mengaitkan mengaitkan adab sebagai satu dasar (‘Ahkam al-Syari’ati’) iaitu salah satu garis panduan yang sangat penting dalam kehidupan manusia di mana ia menjadi panduan ibu bapa, guru, pemimpin, masyarakat dan individu itu sendiri dalam mencorakkan warna hidup seseorang insan. Selain itu ia juga penting kerana menjadi peranan penting dalam menilai buruk dan baik budi seseorang supaya menjadi insan yang akan mendapat ganjaran baik di dunia dan di akhirat.
Etika
Etika merupakan cabang falsafah yang menentukan salah atau benar terutamanya dalam dilema moral, mengkaji perbuatan manusia sama ada baik atau buruk, betul atau salah. Sesuatu yang tidak beretika tidak semestinya salah. Betul atau salah bergantung kepada individu, masyarakat, organisasi dan negara. Liputan etika adalah lebih luas daripada manganalisis apa yang betul dan salah seperti yang sering dianggap. Etika mengkaji fakta, menganalisisnya dan merumuskan apakah tingkah laku yang sebetulnya. Antara aspek utama etika ialah "kehidupan baik", iaitu kehidupan yang bernilai atau memuaskan, yang dianggap lebih penting daripada tingkah laku moral oleh banyak ahli falsafah.
Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah.
Teori Etika Islam dan Barat adalah berbeza. Mengikut Teori Etika dari Barat menggunakan akal bagi menganalisis masalah etika. Apa yang sesuai dari segi akal ini diterima, dan tidak sesuai dengan akal ini tidak diterima. Manakala matlamat etika Islam adalah supaya manusia itu mempunyai perilaku yang baik mengikut ajaran Islam bagi mencapai keredhaan Allah. Kaedah yang dikumukakan oleh Islam untuk menentukan etika yang baik tidak terhad kepada akal semata-mata tetapi haruslah disepadukan dengan apa yang telah disampaikan melalui wahyu.
Perbandingan Antara Adab & Etika
1. Adab bukan hanya mementingkan hubungan dengan manusia tetapi juga dengan Tuhan (Allah), manakala etika hanya mementingkan hubungan sesama manusia sahaja.
2. Adab berdasarkan al-Quran dan hadis Rasullulah dan contoh dari ulama salaf manakala moral pula berdasarkan sentimen masyarakat.
3. Adab nilainya adalah mutlak sedangkan etika pula nilainya tidak mutlak, sentiasa berubah-ubah mengikut adat sesebuah masyarakat.
4. Adab matlamatnya adalah untuk keredaan Allah tetapi etika pula matlamatnya untuk manusia semata-mata.
5. Adab dicipta oleh Allah maka sifatnya sempurna untuk menjadi pegangan manusia sedangkan etika pula dicipta oleh manusia dengan itu sifatnya terdedah kepada kritikan.
6. Adab merupakan satu sistem yang menilai tindakan zahir dan batin manusia manakala etika ialah satu sistem yang menilai tindakan zahir manusia sahaja.
7. Adab secara umum ialah sistem atau tingkah laku manusia yang bersumberkan kepada asas wahyu atau syarak. Sementara yang dimaksudkan dengan etika ialah sistem tingkah laku manusia yang selain daripada wahyu, tegasnya yang bersumberkan falsafah.
DALIIL HADIS & AL-QURAN
Adab Makan Dan Minum
Makanan yang baik amat penting dalam membentuk sahsiah dan pribadi manusia. Oleh yang demikian Islam telah mengesyorkan beberapa adab yang seharusnya diamalkan, antaranya ialah berusaha memilih makanan yang halal, berniat kerana Allah supaya makan & minum menjadi satu ibadah, cuci tangan sebelum dan selepas makan, berasa puas dan rela dengan makanan dan minuman yang ada dan tidak sekala-kali mencelanya, tidak makan sambil bersandar atau meniarap, dimulakan dengan Bismillah dan diakhiri Alhamdulillah, makan dengan tangan kanan dan ambil makanan yang paling dekat dahulu, tidak meniup makanan ketika panas serta tidak bernafas sewaktu menghirup minuman, makan secukupnya dan tidak berlebih-lebihan dan banyak lagi. Terdapat beberapa hadis serta ayat al-Quran yang menyatakan perkara-perkara yang berkaitan adab makan dan minum, antaranya ialah:
Riwayat dari Abdullah Ibnu Abbas r.a: Allah berfirman dalam Hadis Qudsi…
لَمْ يَلْتَحِفِ العِبَادُ بِلِحَافٍ اِبْلَغَ عِنْدِي مِنْ قِلَّةِ الطُّعْمِ
“Tidak ada perlindungan yang lebih kuat dari hamba-hambaKu kecuali menyedikitkan makan”
Hadis riwayat Tarmizi : Nabi bersabda…
مَا مَلاَ ابْنُ آدَمَ وِعَاءً شِرًّا مِنْ بَطْنِهِ بِحَسْبِ ابْنَ آدَمَ لُقَيْمَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ فَاِذَا كَانَ لاَ مُحَالَةُ فَاعِلاً فَثُلُثُ لِطَعَامِه وَثُلُثٌ لِشَرَابِهِ وَثُلُثٌ لِنَغَسِهِ
“Tidak ada satu wadah pun yang diisi oleh Bani Adam lebih buruk daripada perutnya, cukuplah baginya beberapa suap, untuk memperkukuhkan tulang belakangnya agar dapat tegak. Apabila tidak dapat dihindari, baiklah 1/3 makanannya, 1/3 lagi untuk minumnya dan 1/3 lagi untuk nafsunya”
Surah Al-A’raf : ayat 31
يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلا تُسْرِفُوا إِنَّهُ لا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
“Wahai anak cucu Adam! Pakailah pakaianmu yang bagus pada setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, tetapi jangan berlebihan. Sungguh, Allah tidak menyukai orang yang berlebihan”
Surah Al-Baqarah : ayat 172
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang Kami berikan kepada Kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika kamu hanya menyembah kepada-Nya”
Adab Terhadap Jiran
Menurut Kamus Pelajar, jiran merupakan orang yg tinggal berhampiran dgn rumah sendiri, orang sebelah atau tetangga. Mengamalkan adab terhadap jiran adalah sangat dituntut adan antara adab-adabnya ialah hormati jiran dan berlaku baik terhadapnya, pelihara hak-hak mereka setelah mereka meninggal dunia, tidak mengganggu ketenteraman mereka, mengajak ke arah kebaikan dengan memberi nasihat yang baik, memberi makanan, bersuka cita dengan kegembiraan mereka, bersabar serta ikhlas. Antara hadis-hadis serta ayat-ayat al-Quran yang mengandungi perintah tentang adab-adab terhadap jiran ialah:
Hadis Abu Hurairah r.a katanya : Rasulullah s.a.w bersabda…
عَنْ أبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رسول الله صلعم مَنْ كَاْنَ يُؤمِن بِالله وَالْيَوْم الأَخِرْ فَلْيَقُلْ خَيْرًا أَوْ لِيَصْمُتْ، وَ مَنْ كَانَ يُؤْمِن بِالله وَالْيَوْم الأَخِرْ فَِلْيُكْرِمْ جَاره، وَ مَنْ كَانَ يُؤْمِن بِالله وَالْيَوْم الأَخِرْ فَلْيُكْرِمْ ضَيْفه
“Sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia bercakap hanya perkara yang baik atau diam dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan jiran tetangganya. Begitu juga sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kiamat, maka hendaklah dia memuliakan para tetamunya”
Hadis Anas bin Malik r.a: Nabi s.a.w telah bersabda…
عَنْ أَنَسْ بن مَالِك قَالَ قَالَ رَسُول الله صلعم لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يَحِبُّ لأَخِيْهِ أَوْ قَالَ لِجَارِهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
“Tidak sempurna iman seseorang itu, sebelum dia mengasihi saudaranya atau baginda bersabda: Sebelum dia kasihkan jiran tetangganya, sebagaimana dia kasihkan dirinya sendiri”
Surah An-Nisa’ : ayat 36
وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَى وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنْبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يُحِبُّ مَنْ كَانَ مُخْتَالا فَخُورًا
“Dan sembahlah Allah dan janganlah kamu menyekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga dekat dan tetangga jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahaya yang kamu miliki. Sungguh Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membangga diri”
Surah Yusuf : ayat 59
وَلَمَّا جَهَّزَهُمْ بِجَهَازِهِمْ قَالَ ائْتُونِي بِأَخٍ لَكُمْ مِنْ أَبِيكُمْ أَلا تَرَوْنَ أَنِّي أُوفِي الْكَيْلَ وَأَنَا خَيْرُ
الْمُنْزِلِينَ
“Dan ketika dia (Yusuf) menyiapkan bahan makanan untuk mereka, dia berkata, “Bawalah kepadaku saudaramu yang seayah dengan kamu (Bunyamin), tidakkah kamu melihat bahawa aku menyempurnakan takaran dan aku adalah penerima tamu yang terbaik?”
Adab Bercakap
Rasulullah pernah bersabda, “Janganlah bercakap melebihi dari zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah". Antara adab-adab dalam bercakap ialah bercakap dengan nada yang jelas tanpa keraguan, bercakap dengan bertentang mata, tidak bercakap semasa makan dan tidak bercakap tentang perkara-perkara yang menjijikan semasa seseorang sedang makan, tidak bercakap tentang sesuatu yang mendukacitakan kepada seseorang yang sakit, tidak sesekali meniru percakapan orang yang jahil, tidak mengumpat atau menfitnah, panggil seseorang dengan nama yang disukainya serta tidak bercakap tentang perkara yang tidak diketahui. Adab-adab ini bayak ditegaskan dalam hadis serta ayat al-Quran, antaranya ialah:
Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda…
عن ابي هريرة قال قال رسول الله صلعم آية المنافق ثلاث إذا حدث كذب وإذا وعد أخلف وإذا اؤتمن خان
“Tanda-tanda orang munafik ada tiga perkara, iaitu apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia memungkiri dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya”
Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda…
عن أبي هريرة قال قال رسول الله صلعم مَنْ أَتَى هَذَا الْبَيْت فَلَمْ يَرْفُث وَلَمْ يَفْسُق رَجَعَ كَمَا وَلَدَتْهُ أُمّه
“Sesiapa yang berkunjung ke Baitullah dan tidak bercakap dengan percakapan yang keji serta tidak berbuat fasik, maka dia akan kembali seperti ketika dia dilahirkan oleh ibunya”
Surah Al-Ahzaab : ayat 32
يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ النِّسَاءِ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلا مَعْرُوفًا
“Wahai isteri-isteri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan-perempuan yang lain, jika kamu bertaqwa. Maka janganlah kamu tunduk (melemah lembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik”
Surah Al-Hujurat : ayat 2
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَرْفَعُوا أَصْوَاتَكُمْ فَوْقَ صَوْتِ النَّبِيِّ وَلا تَجْهَرُوا لَهُ بِالْقَوْلِ كَجَهْرِ بَعْضِكُمْ لِبَعْضٍ أَنْ تَحْبَطَ أَعْمَالُكُمْ وَأَنْتُمْ لا تَشْعُرُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu meninggikan suaramu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu berkata padanya dengan suara keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap yang lain, nanti (pahala) segala amalmu bisa terhapus sedangkan kamu tidak menyedari”
Adab Menuntut Ilmu
Islam sangat mementingkan ilmu dalam kehidupan dan orang yang berilmu diangkat darjatnya oleh Allah. Namun begitu keberkatan ilmu adalah sangat penting agar dapat memberi manfaat kepada manusia. Antara cara-cara untuk mendapatkan keberkatan ilmu ialah dengan mengamalkan adab-adab yang baik. Antaranya ialah berniat ikhlas kerana Allah, berniat untuk menghilangkan kejahilan diri dan orang lain, berniat untuk membela syariat, sentiasa berlapang dada dalam menerima ilmu serta pendapat-pendapat orang, mengamalkan ilmu yang diperoleh, menghorami guru dan para ulama, mencari kebenaran dari ilmu yang didapati serta sentiasa menumpukan perhatian dan memilih waktu dan tempat yang sesuai untuk belajar. Antara perkara-perkara yang berkaita dengan adab menuntut ilmu ialah:
Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a katanya:Rasulullah s.a.w bersabda…
عبد الله بن مسعود يقولا قال رسول الله صلى الله عليه وسلم لا حسد إلا في اثنتين رجل آتاه الله مالا فسلطه على هلكته في الحق ورجل آتاه الله حكمة فهو يقضي بها ويعلمها
“Tidak boleh iri hati kecuali terhadap dua perkara iaitu terhadap seseorang yang dikurniakan oleh Allah harta kekayaan tapi dia memanfaatkannya untuk urusan kebenaran (kebaikan). Juga seseorang yang diberikan ilmu pengetahuan oleh Allah lalu dia memanfaatkannya (dengan kebenaran) serta mengajarkannya kepada orang lain”
Hadis Ibnu Umar r.a:Rasulullah s.a.w bersabda…
عن حمزة بن عبد الله بن عمر بن الخاطاب عن أبيه عن رسول الله عليه السلم قال بينا أنا نائم إذ رأيت قدحا أتيت به فيه لبن فشربت منه حتى إني لأرى الري يجري في أظفاري ثم أعطيت فضلي عمر بن الخطاب قالوا فما أولت ذلك يا رسول الله قال العلم و حدتناه قتيبة بن سعيد حدتنا ليت عن عقيل ح و حدتنل الحلواني و عبد بن حميد كلا هما عن يعقوب بن إبراهيم سعد حدتنا أبي عن صالح بإسناد يونس نحو حديته
“Ketika aku sedang tidur aku bermimpi melihat sebekas susu yang dihidangkan kepadaku. Aku meminumnya sehinggalah aku dapati zatnya memasuki kuku-kuku aku, kemudian aku berikan lebihan aku itu kepada Umar bin Al-Khattab. Mereka bertanya: Wahai Rasulullah! Bagaimana pentafsiran kamu mengenai mimpi tersebut. Rasulullah s.a.w berkata: Itulah ilmu”
Surah At-Taubah : ayat 112
التَّائِبُونَ الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدُونَ الآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَالْحَافِظُونَ لِحُدُودِ اللَّهِ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ
“Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, beribadah, memuji (Allah), mengembara (demi ilmu dan agama), rukuk, sujud, menyuruh berbuat makruf dan mencegah dari yang mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman”
Surah An-Nisa’ : ayat 162
لَكِنِ الرَّاسِخُونَ فِي الْعِلْمِ مِنْهُمْ وَالْمُؤْمِنُونَ يُؤْمِنُونَ بِمَا أُنْزِلَ إِلَيْكَ وَمَا أُنْزِلَ مِنْ قَبْلِكَ وَالْمُقِيمِينَ الصَّلاةَ وَالْمُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَالْمُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ أُولَئِكَ سَنُؤْتِيهِمْ أَجْرًا عَظِيمًا
“Tetapi orang-orang yang ilmunya mendalam di antara mereka, dan orang-orang yang beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepadamu (Muhammad), dan kepada (kitab-kitab) yang diturunkan sebelummu, begitu pula mereka yang melaksanakan solat dan menunaikan zakat dan beriman kepada Allah dan hari kemudian. Kepada mereka akan kami berikan pahala yang besar”
Adab Sebelum Dan Selepas Bangun Dari Tidur
Setiap perlakuan manusia mestilah beradab dan tertib, begitu juga dengan tidur. Antara adab-adab tidur ialah mengemaskan katil atau tempat tidur terlebih dahulu sebelum tidur, baca doa tidur, berwudhuk dan tidur di atas lambung kanan, tidak makan terlalu banyak sebelum tidur, tidak tidur dalam keadaan meniarap, basuh tangan setelah sedar dari tidur serta membersihkan diri selepas bangun tidur. Ini banyak dinyatakan dalam hadis serta ayat-ayat al-Quran.
Hadis Ibnu Abbas r.a:
عن ابن عباس أن النبي صلى الله عليه وسلم قام من الليل فقضى حاجته ثم غسل وجهه ويديه ثم نام
“Pada suatu malam Nabi s.a.w bangkit dari tidur lalu membuang air besar. Setelah itu baginda membasuh muka dan kedua tangan, seterusnya tidur kembali”
Hadis Abu Hurairah r.a:Rasulullah s.a.w bersabda…
عن أبي هريرة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال إذا أوى أحدكم إلى فراشه فليأخذ داخلة إزاره فلينفض بها فراشه وليسم الله فإنه لا يعلم ما خلفه بعده على فراشه فإذا أراد أن يضطجع فليضطجع على شقه الأيمن وليقل سبحانك اللهم ربي بك وضعت جنبي وبك أرفعه إن أمسكت نفسي فاغفر لها وإن أرسلتها فاحفظها بما تحفظ به عبادك الصالحين و حدثنا أبو كريب حدثنا عبدة عن عبيد الله بن عمر بهذا الإسناد وقال ثم ليقل باسمك ربي وضعت جنبي فإن أحييت نفسي فارحمها
Apabila seseorang itu ingin tidur, hendaklah dia menyimpulkan penghujung kainnya lalu membuang debu-debu yang ada kemudian membaca: بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ kerana dia tidak mengetahui apakah yang akan berlaku di tempat tidurnya selepas itu. Apabila dia ingin berbaring, hendaklah dia berbaring di atas lambung kanan. Kemudian berdoa:
سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبِّ بِكَ وَضَعْتُ جَنْبِي وَبِكَ أَرْفَعُهُ إِنْ أَمْسَكْتَ نَفْسِي فَاغْفِرْ لَهَا وَإِنْ أَرْسَلْتَهَا فَاحْفَظْهَا بِمَا تَحْفَظُ بِهِ عِبَادَكَ الصَّالِحِين
Surah Az-Zaariyaat : ayat 17
كَانُوا قَلِيلا مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ
“Mereka sedikit sekali tidur pada waktu malam”
Surah An-Nabaa’ : ayat 9
وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا
“Dan Kami menjadikan tidurmu untuk istirehat”
KISAH TELADAN
Kasih Seorang Anak (Adab Terhadap Ibu Bapa)
Ramai yang telah menerima Rasulullah s.a.w dan menganut agama yang dibawa oleh baginda iaitu agama Islam. Namun hati pemimpin dan pengikut Quraisy masih tertutup dan keras bagaikan batu karang di dasar laut. Mereka tetap berdegil mempertahankan kepercayaan karut-marut peninggalan nenek moyang mereka. Dengan segenap tenaga dan daya, mereka tetap mempertahankannya. Begitulah suasana yang berlaku pada saat Islam baru muncul ketika ia dibawa oleh Rasulullah s.a.w.
Di antara pemuka-pemuka Quraisy terdapatlah seorang lelaki yang bernama Hussain. Ketokohan, cara kepimpinan, watak dan peribadinya amat dikagumi. Dia sangat dihormati. Para pemuka Quraisy beranggapan bahawa dialah yang paling layak untuk membenteras segala penentangan terhadap kepercayaan nenek moyang mereka. Pada dialah digantung harapan untuk membendung ajaran Rasulullah s.a.w. Hussainlah pembela kepercayaan mereka.
Hussain memiliki seorang putera yang bernama Imran. Tetapi Imran telah menyatakan keimanannya dan telah memeluk Islam. Di hatinya telah ada iman dan takwa. Imran sudah memeluk Islam. Islam bersama engan Rasulullah s.a.w. Dia sering duduk mendengar kuliah Rasulullah s.a.w. Hatinya sering luluh mendengar tentang iman, syurga, neraka, alam barzah dan akhirat. Hatinya menyintai Islam. Namun ada waktu-waktunya dia mengenang nasib ayahnya. Dan pasti ada air jernih turun dari kelopak maatnya. Kemudian hatinya akan berdoa dengan penuh harapan agar Allah s.w.t. membuka hatinya untuk Islam. “Ya Allah, Engkau takdirkan aku mengenalMu. Alangkah bagus dan beruntungnya aku ini. Tetapi ayahku Hussain masih dalam kekufuran. Bukankah bertambah bagus andainya Hussain menyertai puteranya Imran dan merasai indahnya iman dan Islam?”. Begitulah saban waktu doa itu terlancar dari mulutnya. Tidak putus-putus dan tidak jemu-jemu Imran menadah tangan penuh mengharap. Semoga Allah membuka pintu hati ayahnya Hussain agar menerima Islam.
Pada suatu hari sedang Hussain leka memerhatikan kebun tamarnya, datanglah beberapa orang pemimpin kaum Quraisy. Wajah mereka muram dan membayangkan keresahan. Bagai ada yang mengganggu fikiran mereka. salah seorang dari mereka berkata, “Wahai Hussain, kedatangan kami ini sesungguhnya membawa satu persoalan yang amat berat. Tidak terdaya untuk kami tanggung dan tidak mampu pula untuk diselesaikan. Tetapi kami tetap berharap agar engkau dapat berbuat sesuatu demi untuk meredakan kekhuatiran kami.”
Hussain menyambut kata-kata itu dengan senyuman. “Wahai sahabat-sahabatku, apalah gunanya aku tersenyum seandainya sahabat-sahabatku semua bermuram durja. Ceritakanlah padaku apa yang mengganggu kedamaian hati kamu semua. Aku hanya mengabdi kepada agama Quraisy yang dipercayai,” Hussain bersuara lembut. “Itulah yang amat kami harapkan Hussain! Selamanya engkau tegak sebagai pembela kami dan membela agama anutan Quraisy.” Orang itu mengukir senyum lega dan menyambung, “engkau tentu tahu tentang Muhammad dan agama baru yang dibawanya. Makin ramai penduduk Mekah yang menyahut dakwah dan seruannya. Pengikutnya semakin ramai. Terlalu utuh dan erat kasih sayang mereka. sentiasa tolong menolong, bantu membantu, saling mengorbankan milik sendiri. Keadaan ini sungguh membahayakan kepercayaan kita. Tuhan kita kian ditinggalkan. Ajaran Muhammad menyangkal keunggulan Tuhan kita. Dikatanya Tuhan kita tidak berakal dan tidak mampu berbuat apa.
Hussain terdiam memikirkan perkara yang menggundahkan hati para sahaatnya itu. “Aku faham,” kata Hussain. “Jadi bagaimana?” celah salah seorang pemuka Quraisy itu. “Kita tidak berniat untuk menyerahkan kepada keadaan semata-mata. Perlu ada usaha demi mencari titik penyelesaian bagi persoalan yang memang sulit ini. Urusan dakwah Muhammad ini bagai ada keajaibannya sendiri. Amat sukar dipatahkan. Umpama arus yang kuat dan deras. Tidak bererti andainya dilakukan penyerangan, penganiayaan terhadap Muhammad.” Sambung mereka lagi, “Sudah pasti penyelesaian di hujung pedang suatu jalan yang tidak wajar. Tidak perlu ada darah yang tumpah di bumi Mekah ini. Kami bermaksud agar kamu berbincang secara baik denga Muhammad. Nasihatkanlah dia agar menghentikan sahaja dakwahnya itu. Hentikan celaan terhadap Tuhan kita.”
Hussain terdiam. Kemudian berkata, “Kalau begitu aku sendiri sahaja yang harus menghadapunya?” keraguannya diluahkan segera. “Tidak, kami akan ikut serta denganmu. Tetapi engkau pergi menemui Muhammad sendirian dan kami menunggu di luar,” terang orang Quraisy tersebut. Mengertilah Hussain pokok persoalannya. Di hatinya tidak terdetik sedikit pun rasa gentar dan takut terhadap Muhammad dan pengikutnya. Walaupun puteranya Imran berserta Rasulullah s.a.w. namun ia akan tetap ke sana juga. “Baiklah. Jangan buang masa lagi. Mari kita ke sana.” Mereka pun berjalanlah menuju ke tempat Rasulullah s.a.w berkumpul bersama-sama dengan sahabatnya. Kuncu-kuncunya tinggal di luar sedang Hussain masuk dengan penuh keyakinan. Orang yang paling terkejut ialah Imran. Hatinya penuh dengan persoalan. “Perlu apakah ayah aku ke sini? Begitu berani mendatangi dan bertemu Rasulullah s.a.w. Mengapa?”. Soalan-soalan itu bermain di hati Imran. Bertambah buntu fikiran Imran melihatkan Rasulullah s.a.w. mengarahkan para sahabat meluangkan tempat untuk Hussain, ayahnya. Wajah Rasulullah s.a.w. berseri-seri. Tidak lansung tergambar rasa marah dan benci.
Hussain benar-benar kagum melihat akhlak Rasulullah s.a.w. menerima dan menghormati dirinya sebagai tetamu agung. Dia tidak menyangka begitu tinggi akhlak Rasulullah s.a.w. Maka duduklah Hussain berhadapan dengan Rasulullah s.a.w. Lantas berkata Hussain, “Kami sering mendengar engkau mencela Tuhan kami.” Rasulullah s.a.w. diam. Lama baginda memikirkan susunan bicara yang baik agar tidak terusik hati Hussain nenti. Kemudian Rsulullah bertanya, “Berapa banyakkah Tuhan yang kamu sembah?”. Soalan Rasulullah itu sungguh mengejutkan Hussain. Tetapi dia menjawab juga soalan itu. “Tujuh di bumi dan satu di atas langit.” Nabi mengajukan soalan lagi. “Bila kamu ditimpa bahaya, siapakah kamu gantungkan harapan, siapakah yang kamuharap agar boleh menolongmu?”. Hussain menjawab, “Tuhan yang ada di langit.” Rasulullah bertanya lagi, “Di saat hartamu dilanda bencana lalu rosak binasa, kepada siapa kamu harapkan agar membela?”. Jawab Hussain, “Tuhan di langit.”
Sambil tersenyum Rasulullah menyambung, “kamu memohon pertolongan hanya pada satu sahaja iaitu Tuhan di langit. Tetapi mengapakah pula kamu menyekutukan ia dengan tuuh Tuhan lain di bumi?”. Ringkas sahaja bicara dari Rasulullah. Hussain benar-benar terpaku dan tergamam. Lidahnya kelu. Keringat membasahi dahinya. Akalnya mati untuk menggapai sebarang hujah yang lain. Kegusaran terlihat di anak matanya dan di wajahnya yang keruh. Hal ini segera dikesani oleh Rasulullah. Baginda berkata, “Masuklah agama Islam. Nescaya sejahtera kehidupanmu.” Bicara terakhir itu benar-benar mengetuk pintu hati Hussain. Di hatinya mula terasa kebenaran Rasulullah.
Hati Hussain berubah menjadi lapang. Lalu, di antara air matanya yang luruh, antara sedu dan sedannya, kalimah syahadah terbit dari bibir Hussain. Imran yang berada di situ berasa amat terharu bercampur gembira. Tubuh tua itu didakapnya kemas-kemas dan penuh erat. Kalimah Alhamdulillah tidak putus-putus keluar dari hati dan bibirnya tanda kesyukuran kepada Allah yang telah membuka hati ayahnya untuk memeluk Islam yang suci.
Amanah Seorang Sahabat (Adab Terhadap Rakan)
Ada dua orang lelaki dari kalangan sahabat Rasulullah s.w.a. berteman baik saling ziarah menziarahi antara satu dengan lainnya. Mereka adalah Sha’b bin Jastamah dan Auf bin Malik. “Wahai saudaraku, sesiapa di antara kita yang pergi (meninggal dunia) terlebih dahulu, hendaknya saling kunjung mengunjungi.” kata Sha’b kepada Auf di suatu hari. “Betul begitu?” tanya Auf. “Betul.” jawab Sha’b.
Ditakdirkan Allah, Sha’b meninggal dunia terlebih dahulu. Pada suatu malam Auf bermimpi melihat Sha’b datang mengunjunginya. “Engkau wahai saudaraku?” tanya Auf. “Benar.” jawab Sha’b. “Bagaimana keadaan dirimu?”. “Aku mendapatkan keampunan setelah mendapat musibah.” Apabila Auf melihat pada leher Sha’b, dia melihat ada tanda hitam di situ. “Apa gerangan tanda hitam di lehermu itu?” tanya Auf. “Ini adalah akibat sepuluh dinar yang aku pinjam dari seseorang Yahudi, maka sila tolong jelaskan hutang tersebut. Ketahuilah wahai saudaraku, bahawa tidak satupun kejadian yang terjadi di dalam keluargaku, semua terjadi pula setelah kematianku. Bahkan terhadap kucing yang matipun dipertanggungjawabkan juga. Ingatlah wahai saudaraku, bahawa anak perempuanku yang mati enam hari yang lalu, perlu engkau beri pelajaran yang baik dan pengertian baginya.”
Perbualan di antara kedua-dua lelaki yang bersahabat itu terhenti kerana Auf terjaga dari tidurnya. Dia menyedari bahawa semua yang dimimpikannya itu merupakan pelajaran dan peringatan baginya. Pada sebelah paginya dia segera pergi ke rumah keluarga Sha’b. “Selamat datang wahai Auf. Kami sangat gembira dengan kedatanganmu.” kata keluarga Sha’b. “Beginilah semestinya kita bersaudara. Mengapa anda datang setelah Sha’b tidak ada di dunia?”
Auf menerangkan maksud kedatangannya iaitu untuk memberitahukan semua mimpinya malam tadi. Keluarga Sha’b faham akan semuanya dan percaya bahawa mimpinya itu benar. Mereka pun mengumpulkan sepuluh dinar dari wang simpanan Sha’b sendiri lalu diberikan kepada Auf agar dibayarkan kepada si Yahudi.
Auf segera pergi ke rumah si Yahudi untuk menjelaskan hutang Sha’b. “Adakah Sha’b mempunyai tanggungan sesuatu kepadamu?” tanya Auf. “Rahmat Allah ke atas Sha’b Sahabat Rasulullah S.A.W. Benar, aku telah memberinya pinjaman sebanyak sepuluh dinar.” jawab si Yahudi. Setelah Auf menyerahkan sepuluh dinar, si Yahudi berkata: “Demi Allah dinar ini serupa benar dengan dinarku yang dipinjamnya dulu.” Dengan demikian, Auf telah melaksanakan amanah dan pesan saudara seagamanya yang telah meninggal dunia.
Monday, April 13, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment