Monday, April 13, 2009

lokomotor & bukan lokomotor

DEFINISI LOKOMOTOR & BUKAN LOKOMOTOR SERTA CONTOH-CONTOHNYA

Pergerakan lokomotor ialah pergerakan yang menyebabkan keseluruhan tubuh badan berubah kedudukan seperti berjalan dan berlari disebut bergerak dan beredar. Pergerakan lokomotor adalah dasar yang menyokong pelaku berubah kedudukan mengikut pergerakan. Contoh pergerakan lokomotor ialah berjalan, berlari, melompat, melompat ketingting, lari sisi, skip, merangkak, guling hadapan, guling balak, guling sisi dan galop.
Pergerakan bukan lokomotor ialah pergerakan yang tidak mengubah kedudukan disebut bergerak tanpa beredar dan ia lebih tertumpu kepada pergerakan bahagian tubuh badan pada sendi buka-tutup dan pusing putar. Oleh yang demikian pergerakan bukan lokomotor merupakan pergerakan yang tidak mengubah dasar menyokong pelaku pergerakan. Antara contoh pergerakan bukan lokomotor ialah berdiri, duduk, gusti tangan, enjet-enjet semut, tarik naik pasangan, tepuk amai-amai, menaik setempat, mengilas sambil tepuk tangan, tarik dan tahan rakan serta tekan tubi.
Perbezaan antara lokomotor dan bukan lokomotor ialah lokomotor merupakan kebolehan menggunakan otot-otot kasar seperti melompat, berjalan dan sebagainya. Manakala bukan lokomor pula merupakan kebolehan bergerak menggunakan otot-otot kecil.


NILAI POSITIF DARI PERGERAKAN LOKOMOTOR DAN BUKAN LOKOMOTOR

Pelbagai aktiviti boleh dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran pergerakan asas iaitu pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Aktiviti berkumpulan, kelas mahupun individu boleh digunakan dalam melaksanakan aktiviti tersebut. Pendidikan pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan malah ia juga dapat menerapkan nilai-nilai positif dalam diri kanak-kanak. Antara nilai-nilai positif yang boleh diperoleh dari aktiviti lokomotor dan bukan lokomotor ialah kerjasama, disiplin, berani, semangat berpasukan, bantu-membantu, gembira dan banyak lagi.

Kerjasama

Kerjasama bermaksud kerja yang dibuat bersama-sama dan dengan tolong-menolong atau gotong-royong (Kamus Pelajar) selain itu ia juga boleh didefinisikan sebagai kerja (usaha dan sebagainya) bersama-sama atau saling membantu (antara dua atau beberapa pihak), atau sumbangan pelbagai rupa (bersifat bantuan tenaga, sokongan, persefahaman, dan lain-lain) dari satu pihak kepada pihak yang lain untuk faedah bersama (Kamus Dewan Edisi 3).
Pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor merupakan satu cara yang boleh digunakan untuk menerapkan nilai kerjasama dikalangan murid-murid. Ini kerana pendidikan pergerakan asas boleh dijalankan secara berkumpulan serta berpasangan. Maka dari situ secara tidak lansung kerjasama antara murid dapat ditingkatkan dan sekali gus mengeratkan hubungan antara mereka.


Keberanian

Merujuk kepada Tesaurus Bahasa Melayu Dewan (1998), keberanian bermaksud kegagahan, keperkasaan, ketabahan, kepahlawanan, keteguhan, keperwiraan, kelaki-lakian, kejantanan. Manakala menurut Kamus Pelajar pula keberanian bermakna mempunyai sifat-sifat berani.
Nilai keberanian sememangnya dapat diterapkan dalam aktiviti pergerakan asas di mana murid-murid diberi peluang untuk mencuba melakukan pelbagai aktiviti dan seterusnya dapat mencungkil kebolehan yang ada pada diri masing-masing.


Semangat berpasukan

Semangat berpasukan boleh ditakrifkan sebagai kemahuan untuk melakukan sesuatu secara berkumpulan (Kamus Dewan Edisi 3). Dalam pendidikan pergerakan asas, semangat berpasukan juga dapat dipupuk dikalangan murid-murid. Semangat bantu-menbantu dan tolong menolong dapat disemai dalam kerja yang dihasilkan.

Berdisiplin

Merujuk kepada Kamus Pelajar, berdisiplin bermaksud menurut atau mengikut tatatertib (peraturan, undang-undang dan lain-lain) atau menurut Kamus Dewan patuh (taat) pada (peraturan dan lain-lain). Dalam melaksanakan aktiviti pergerakan asas murid-murid melakukan setiap pergerakan yang dipelajari mengikut cara yang betul dan ini sekali gus mengajar mereka untuk berdisiplin.

Gembira

Pelbagai cara boleh dibuat dalam mempelajari sesuatu kemahiran, bukan itu sahaja malah guru juga boleh menggunakan pelbagai alatan yang sesuai dan ini sudah semestinya akan menadikan sesuatu aktiviti yang dijalankan itu menjadi lebih menarik. Oleh yang demikian murid-murid dapat meneroka setiap kemahiran yang dilakukan dengan rasa seronok.


KEPENTINGAN KEMAHIRAN PERGERAKAN ASAS

Mempelajari kemahiran pergerakan adalah suatu yang penting. ia bukan sahaja penting kepada jesmani atau kesihatan seseorang, malah ia juga penting dalam semua perkara dalam membina individu yang seimbang. Antara kepentingan-kepentingannya ialah :

• Diaplikasikan sebagai rutin harian sama ada dalam tugas seharian ataupun dalam aktiviti sukan dan rekreasi
• Meningkatkan potensi kreativiti murid.
• Memperkembang kesedaran dan kefahaman konsep-konsep pergerakan
• Meningkatkan kemahiran koordinasi dan pergerakan kanak-kanak
• Meningkatkan kecergasan fizikal dan mental kanak-kanak
• Mengembangkan sikap sportif, jujur, disiplin, bertanggungjawab, kerjasama, percaya diri dan demokratis
• Melakukan kemahiran motor dengan cara yang betul untuk menjaga postur yang baik
• Meneroka cara pergerakan dengan menggunakan berbagai-bagai bahagian tubuh badan
• Berasa riang, seronok dan yakin melakukan pergerakan.
• Mengisi masa dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah


RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran : Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
Tunjang : Kemahiran
Tajuk : Lokomotor (berlari)
Tarikh : 24 September 2008
Masa : 7.30 – 8.30 pagi
Tahun : 2 Musytari
Bilangan murid : 30 orang
Pengetahuan sedia ada : Murid telah mempelajari pergerakan asas lokomotor berlari di tahun satu

Hasil pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat
Psikomotor : Melakukan pelbagai larian yang dipelajari (larian
lutut tinggi, larian sisi, larian mengikut arahan) secara beramai-ramai mengikut arahan yang diberikan oleh guru)
Kognitif : Menyenaraikan dan membanding beza pelbagai jenis larian
yang dipelajari dengan
betul
Afektif : Bertanggungjawab terhadap alatan sekolah dan berasa
seronok mengikuti pengajaran dan pembelajaran.

Penerapan nilai : Berdisiplin dan kerjasama
Kemahiran berfikir : Menyenaraikan dan membanding beza
Penggabungjalinan : Tunjang kecergasan (daya tahan kardiovaskular)
Kesepaduan :
Bahan sumber : Skitel, bola dan palang/ kayu

1 comment: